KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 6 buah syarikat iaitu 613 Customs, Sounds Tech Production Sdn. Bhd., Total Quality Wrought Iron Sdn. Bhd., Teguh Everest Sdn. Bhd., L.T Electrical Engineering dan Institut Usahawan Muda pada 3 Ogos 2020. Melalui Memorandum Persefahaman ini, pelajar-pelajar kolej vokasional akan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat tersebut.

Majlis dirasmikan oleh En. Suraimi Rithwan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV). Menurut beliau, persefahaman ini membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir dan professional dengan mempertingkatkan kemahiran pelajar mengikut keperluan dan pengiktirafan industri selaras dengan Transformasi Pendidikan Vokasional.

Please follow and like us:

Leave a Reply