Cik Hee Pit Sang berjaya mengharumkan nama Sabah dan juga SM Lok Yuk Kota Kinabalu dengan berjaya menjadi Johan dalam Cabaran GOOGLE SITES E-DIDIK PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2020. Cabaran ini diwujudkan bagi membantu para pendidik menyampaikan pembelajaran bermaklumat secara menarik dan terkini di samping menyokong inisiatif penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Penyertaan ini terbuka kepada warga pendidik & pelajar dari semua institusi awam atau swasta dalam dan luar negara.
Seramai 216 penyertaan dari seluruh negara tekah mengikuti cabaran ini dengan bertemakan Generasi Bermaklumat, Pencetus Inspirasi.
Link untuk melihat Google Sites yang telah dihasilkan boleh dilayari di https://sites.google.com/view/physics-4sc-2020/4sc-2020.
Tahniah sekali lagi.
Please follow and like us:

Leave a Reply