Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II sangat berbesar hati menerima kunjungan mahabbah daripada Qariah Ustazah Nor Farhatul Fairuzah Panut yang merupakan¬† Johan bagi Tilawah Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa 2019. Beliau telah membuat kunjungan mahabbah ini pada tanggal 21 Februari 2020 iaitu pada hari jumaat yang mulia.

Ustazah Farhatul Fairuzah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama warga SK Tanjung II dengan memperdengarkan bacaan ayat al-Qur’an Surah Ad-Dhuha dan juga memberikan sedikit perkongsian. Walaupun beliau hanya sempat bersama-sama selama 2 jam sahaja namun semua warga sekolah sangat menghargai pengalaman yang diberikan.

Please follow and like us:

Leave a Reply