Khamis, 27 Ogos 2020:

Seramai 12 orang murid dari kelas 1 Alamanda dan 2 Alamanda SMK Bandaraya Kota Kinabalu berjaya menyertai dan menjawab kuiz atas talian bagi Virtual National Science Challenge bagi Zon Malaysia Timur pada 27 Ogos 2020 yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Murid yang terlibat ialah Shihany Saffiyah, Enzo Tristan Ramdas, Nazrul Ezani, Mazni Syazwani, Cheryl Abigail, Nurshahqinah, Nur Syafiqah Syaqinah, Maxliancy, Nur Amina, Jayden Sean, Ejucchio, dan Sebastian serta dibimbing oleh Cikgu Nadia Richard dan disokong sepenuh oleh Pengetua Puan Rohani Ramlee.

Semoga penyertaan ini dapat menyemarakkan lagi minat murid-murid dalam bidang STEM dan menyuntik semangat mereka untuk terus aktif dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan