Pada 29/7/20 yang lalu, dua orang pegawai dari KKM telah melawat SK St Francis Convent (M) untuk memantau pelaksanaan Standard Operating Procedure- SOP. Pemantauan dijalankan di seluruh kawasan sekolah termasuk bilik guru, kelas, tandas murid, dewan dan bilik isolasi. Pada akhir lawatan, pihak KKM berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah, dan sedikit cadangan dan nasihat diberikan untuk memantapkan lagi perlaksanaan SOP di sekolah.