Taklimat Program Inclusive Networking School (INS) Program Pendidikan Inklusif (PPI) Model Holistik ke Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah daerah Kota Kinabalu telah diadakan di Bilik Harmoni SK Luyang. Taklimat ini melibatkan 12 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Penyelaras PPI daripada 6 buah sekolah bertujuan memberi maklumat terkini, bimbingan pengurusan dan perkongsian kaedah pelaksanaan PPI Model Holistik kepada sekolah-sekolah yang dilantik menjadi sekolah pusat seterusnya bertindak sebagai mentor kepada sekolah jaringan (mentee) dari daerah Ranau, Kota Marudu, Tambunan dan Nabawan.