Rombongan lawatan terdiri daripada pegawai tertinggi KPM , pegawai – pegawai JPNS dan pegawai-pegawai  Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau bangunan daif di sekolah ini. Beliau berpuas hati melihat kerja-kerja penyelenggaraan /pembaikan  3 blok bangunan kayu yang sedang dijalankan.

Beliau mendengar permohonan Guru Besar untuk membina makmal Sains, Pusat Sumber, Surau, tandas murid dan sebagainya untuk memenuhi keperluan asas fizikal murid di sekolah ini.

Guru Besar berharap pihak KPM dapat memenuhi permohonan melalui PPD dan JPNS dengan secepat mungkin. Semoga warga sekolah dapat  mendapat manfaat daripada keprihatinan rombongan ini.

Please follow and like us:

Leave a Reply