KOTA KINABALU- Sekali lagi SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu mengharumkan nama negara apabila layak ke final Busan International Kids and Youth Film Festival 2020(BIKY).Dengan 189 filem pendek yang melibatkan 54 buah negara SK Tampulan melakar sejarah yang tersendiri apabila satu-satunya peserta tunggal negara dalam kategori  Ready~Action! 

“Kami sepatutnya terbang ke Korea selatan pada awal bulan untuk menghadiri festival ini tetapi memandangkan wabak Virus Korona yang masih berlarutan,kami tidak ingin mengambil risiko,”kata Cikgu Iroet Marteni yang merupakan guru pembimbing.

BIKY adalah festival filem antarabangsa untuk generasi muda dan berfungsi sebagai pusat rangkaian festival filem kanak-kanak di dunia serta dianjurkan pada setiap tahun di Korea Selatan.Majlis penyampaian hadiah akan dijalankan pada 12 Julai 2020 bertempat di Cinema 1, Busan Cinema Center.

“Penglibatan SK Tampulan dalam industri filem pendek ini adalah usaha secara kolektif daripada seluruh warga sekolah dan PIBG serta apa yang paling penting adalah kemenjadian murid untuk pembangunan sahsiah,”Menurut En.Fo Nee Khen, Guru Besar SK Tampulan Telipok.

Sebagai rekod, SK Tampulan Telipok telah banyak memenangi pertandingan festival filem pendek di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Pihak sekolah juga telah melancarkan satu projek yang dinamakan “FILEM DALAM PENDIDIKAN” dan kini pihak sekolah merangka untuk pembinaan MINI CINEMA(Wayang Pacak) untuk memacu aspirasi seni dalam pendidikan.

 

One thought on “SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu ke pentas antarabangsa”

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan