Sesi Persekolahan Semula SMK Inanam

Sesi Persekolahan Semula SMK Inanam

 

24 Jun 2020 : Sesi persekolan semula dalam norma baharu berjalan lancar di SMK Inanam. Suasana awal pagi sangat teratur dengan proses pengambilan suhu pelajar dijalankan di perkarangan sekolah. Sesi pembelajaran dimulakan dengan taklimat norma baharu oleh guru subjek kepada semua pelajar Tingkatan 5. Pengetua Cemerlang SMK Inanam, Bonda Mozidah Bt Hamzah juga mengambil kesempatan hari pertama ini untuk masuk ke kelas dan memberi taklimat kepada pelajar agar dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Kemudahan-kemudahan sekolah seperti kantin, koperasi, perpustakaan dan bilik akses dibuka seperti biasa dengan mengamalkan standard operasi yang telah ditetapkan serta mengutamakan penjarakan sosial.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply