Pada 11 Mei 2020 yang lalu, Ketua Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC, Puan Nowenna Willie D. Tamsin bersama Penolong Kanan Hal EHwal Murid telah menerima 20 set bekalan makanan untuk diberikan kepada 20 pelajar yang menghadapi kesulitan dari segi kewangan semasa PKP. 20 pelajar dipilih mengikut data APDM dan rata-ratanya adalah pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan rendah dan berstatus B40. Presiden Rotary Club, Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Ahli Lembaga Rotary Club Kota Kinabalu menghantar bekalan makanan untuk 20 orang pelajar yang sangat memerlukan ke sekolah pada hari tersebut. Setiap pelajar akan mendapat 10 jenis bekalan makanan seperti 10kg beras, 2 peket minyak masak, 2 tin sardin, 1 peket biskut, 1kg gula, 1 peket garam, 1 botol kicap, dan 1 sarang telur ayam.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Rotary Club Kota Kinabalu atas sumbangan yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar SMK SANZAC.
Posted inPPD KOTA KINABALU
Sumbangan bekalan makanan daripada Rotary Club Kota Kinabalu kepada SMK SANZAC
