Pada 23 Jun 2020 yang lalu, pendaftaran masuk asrama untuk Murid Tingkatan 5 & 6 telah diadakan di Bilik Prep 1, Bangunan Asrama SMK SANZAC. Sesi pendaftaran dan taklimat diadakan mengikut kumpulan berdasarkan masa yang telah ditetapkan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Semasa pendaftaran, Pengetua Cemerlang JUSA C, Dr. Shirley Tay Siew Hong dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Ho Nyuk Ting turut hadir bersama bagi memberi suntikan semangat kepada murid asrama. Murid diingatkan agar sentiasa mematuhi penjarakan sosial, memakai pelitup muka jika bergejala, kerap mencuci tangan dengan sabun dan air serta sentiasa menjaga kebersihan. Pemantauan oleh pihak PPDKK turut dilaksanakan oleh En. Abdul Zani bin Hassan dan Puan Suzana Awang Husin. Sebelum pendaftaran dimulakan, barangan peribadi murid telah dinyah kuman menggunakan cecair disinfeksi dan murid diarahkan mencuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi tangan. Selain itu, penjarakan sosial turut dipatuhi bermula dari kedudukan dalam bilik pendaftaran, proses mengangkat barangan sehingga murid berada dalam dorm masing-masing.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Asrama SMK SANZAC.
Ucapan oleh Pengetua
Suhu badan diperiksa di pondok kawalan keselamatan.
Pegawai PPDKK yang turut sama hadir.
Proses nyah kuman barang-barang peribadi.
Prep yang telah dijalankan (kelas persediaan)