Pada 11 sehingga 15 Mei 2020, Pengetua Cemerlang Jusa C, Dr. Shirley Tay Siew Hong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Azudin Abdullah, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Tuan Sofizul Yusof bersama Puan Nowenna Willie, ketua guru penasihat Kelab Interact menghantar bekalan makanan yang telah ditaja oleh Rotary Club Kota Kinabalu kepada 20 pelajar dalam senarai. Ibu bapa dan pelajar amat terharu dan gembira dengan bantuan yang telah diberikan kepada mereka.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Rotary Club Kota Kinabalu di bawah pimpinan, Presiden Rotary Club, Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon dan ahli lembaga Rotary Club Kota Kinabalu.