Semua Warga Daerah Kota Kinabalu yang dikasihi

PENUTUPAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU, SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH TERMASUK PRA SEKOLAH & KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Dengan penuh tanggungjawab, merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri bertarikh 16 Mac 2020, jam 10.00 malam ekoran penularan virus COVID-19. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu menyahut seruan Perdana Menteri mengambil keputusan penutupan sementara Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu termasuk semua sekolah menengah dan rendah serta prasekolah dan kelas pendidikan khas mulai 18 hingga 14 April 2020. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan semua sekolah di daerah Kota Kinabalu akan beroperasi semula pada 15 April 2020.

Pihak PPD akan sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan kepada tuan/puan (ibu bapa murid). Tuan/Puan dinasihatkan tidak panik dan cemas kerana kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah dan tindakan bagi mengawal dan mengatasi permasalahan ini.

Marilah bersama-sama menyokong usaha kerajaan ini bagi membendung penularan wabak ini.

Selamat Berehat bersama keluarga, jaga kesihatan dan sama-samalah kita berdoa moga negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ini.

Sekian terima kasih.

Tah Nia Binti Hj Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
17/3/2020

Leave a Reply