Seramai 64 calon SM All Saints telah menduduki peperiksaan STPM tahun 2019. Keputusan STPM 2019 SM All Saints yang baru sahaja diumumkan pada 25 Februari yang lepas telah menunjukkan bahawa prestasi sekolah meningkat dari segi kuantiti dan kualiti. Pusat Tingkatan 6 SM All Saints telah merekodkan peningkatan dari segi peratusan kelulusan dan PNGK dari 96.77%, 2.64 (2018) ke 100%, 2.90 (2019).

9 mata pelajaran meningkat dari segi kualiti, iaitu Bahasa Melayu, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Matematik M, Matematik T, Fizik, Kimia, Biologi dan Seni Visual.

Dari segi pencapaian pelajar, dua orang calon Jurusan Sains Sosial SM All Saints, Evita Robert Mangharam dan Sendy Lee Che Sing, telah diumumkan sebagai diantara pelajar cemerlang Sabah di Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2019 Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung di SMK Tamparuli pada 25 Februari 2019.

Evita Robert Mangharam (4A, PNGK 4.00, Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan) dan Sendy Le Che Sing (4A, PNGK 4.00, Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah) merupakan diantara 32 orang calon SM All Saints yang telah mencapai PNGK 3.00 ke atas. Manakala itu, Chong Vun Kian telah muncul pelajar Jurusan Sains terbaik SM All Saints dengan PNGK 3.92 (3A, 1A-, PNGK 3.92, Pengajian Am, Kimia, Biologi dan Matematik T). Seramai 11 calon telah mencapai diatas PNGK 3.50.

Pelajar-pelajar cemerlang lain yang mencapai diatas PNGK 3.00 ialah Akif Afiq bin Abidin (3A, 1A-, PNGK 3.92), Chester Axton bin Balang (3A, 1B+, PNGK 3.83), Antonette Angelle Ng Mei Chin (2A, 1A-, 1B+, PNGK 3.75), Andrea Poulus (2A, 2B+, PNGK 3.67), Michelle Kong (2A, 1A-, 1B, PNGK 3.67), Sophie Farhana binti Ahmad Fyzll (2A, 1B+, 1B, PNGK 3.58), Erica Wong Tze Ying (3A-, 1B, PNGK 3.50), Nurul Hasliza Munira binti Sahabil (2A, 2B, PNGK 3.50), Siti Nurikhwaniah binti Saidi (1A, 1A-, 1B+, 1B-, PNGK 3.42), Alfiqa Laurentiara binti Wahab (1A, 1A-, 1B, 1B-, PNGK 3.34), Asilah Hadirah binti Lumin (1A, 3B, PNGK 3.25), Chan Wanxin (1A, 1A-, 2B, PNGK 3.42), Jonathan Win (1A-, 2B+, 1B, PNGK 3.33), Debra Ong Ti Ti (1A, 2B+, 1B-, PNGK 3.33), Nur Fasihah binti Mat Saad (1A, 2B+, 1B-, PNGK 3.33), Mohd Nazmi bin Razali (4B+, PNGK 3.33), Nur Amni Nazurah binti Wasirin (1A, 1B+, 1B, 1B-, PNGK 3.25), Verlika Johny (1A, 1B+, 1B, 1B-, PNGK 3.25), Vanessa Wong Chia Ling (1A-, 1B+, 1B, 1B-, PNGK 3.17), Esmayralda Leonardus (1A-, 1B, 1B+, 1B-, PNGK 3.17), Melvin Lee Choi Yen (1A, 1A-, 1B-, 1C+, PNGK 3.17), Melvitajit Kaur Shandu (1A, 1A-, 1B-, 1C+, PNGK 3.17), Fatin Nazira binti Abu Bakar Sidik (1A, 1A-, 1B, 1C, PNGK 3.17), Adrus Hasin (1A-, 2B, 1B-, CGPA 3.09), Siti Nursyahirah binti Tanan @ Denan (2B+, 1B, 1B-, PNGK 3.08), Christabel Claire Chiam (2B+, 1B, 1B-, PNGK 3.08), Theu Pei Ying (3B, 1B+, PNGK 3.08), Philander Lim Jiunn Yih (1A, 1B+, 1B-, 1C+, PNGK 3.08) dan Jennifer Richard (1A-, 1B, 2B-, PNGK 3.00).

Pengetua SM All Saints, Dr Mary Gambidau menerima sijil pencapaian kelulusan 100% daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistirine Radin pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2019 Negeri Sabah di SMK Tamparuli pada 25 Februari.
Dr Mistirine Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bersama Penolong Kanan Tingkatan 6 SM All Saints, En Azzuhri Busu Leman, pelajar cemerlang STPM Evita Robert Mangharam, Sendy Lee Che Sing bersama keluarga masing-masing.
Pelajar cemerlang STPM 2019 bersama guru-guru Tingkatan 6 di Blok Tingkatan 6 SM All Saints
Pelajar cemerlang STPM 2019 bersama pengetua dan guru-guru tingkatan 6
Evita Robert Mangharam, Sendy Lee Che Sing, Dr Mary Gambidau, En Azzuhri Busu Leman dan Chong Vun Kian.
Keratan Akhbar – The Borneo Post, 27/2/2020
Keratan Akhbar – Daily Express, 27/2/2020
Keratan Akhbar – See Hua Daily, 27/2/2020
Keratan Akhbar – Sin Chiew Daily, 27/2/2020
Utusan Borneo 3/3/2020

Leave a Reply