‘PANDELELA RINONG’ BAKAL MUNCUL DI ST. JAMES

‘PANDELELA RINONG’  BAKAL MUNCUL DI ST. JAMES

Valerie Yap Su Bing dan Vanray Bontugan Clarence S.K dari SJK ( C ) St. James telah meraih pingat dalam kejohanan akuatik Majlis Sukan Sekolah Sabah 2020.  Valerie Yap Su Bing telah memenangi pingat gangsa dalam acara 100M Kuak kupu-kupu bagi kategori 12 tahun ke bawah (perempuan). Manakala, Vanray Bontugan Clarence S.K pula mendapat pingat gangsa dalam acara 100M Kuak Lentang bagi kategori 12 tahun ke bawah ( lelaki). Kejohanan ini berlangsung pada 21-23 Februari 2020 bertempat di Pusat Akuatik Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply