Pada 4 Februari 2020 yang lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Cawangan Lintas Kota kinabalu, telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kadet Bomba dan Penyelamat. SMK Inanam telah menghantar satu pasukan dan menyertai semua kategori yang dipertandingkan.

Pasukan SMK Inanam telah muncul sebagai Johan untuk pertandingan Kawad Berhalangan Kering (Perempuan), dan Johan pertandingan Kawad Kaki. Manakala bagi pertandingan Kemahiran Ikatan Dan Simpulan, pasukan SMK Inanam telah muncul sebagai Naib Johan. Manakala adik Jul Hazrih Bin Datu Amir telah dinobatkan sebagai Parade Comander Terbaik. Labih manis lagi apabila pasukan SMK Inanam telah dipilih sebagai JUARA KESELURUHAN bagi pertandingan pada kali ini. Tahniah buat pasukan SMK Inanam.

Leave a Reply