SMK LIKAS , 22 JANUARI 2020 – Sekolah Menengah Kebangsaan Likas telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah diberikan  kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Acara ini telah disertai oleh 6 buah rumah sukan iaitu Jingga, Kuning, Merah, Hijau, Biru dan juga Ungu.

Sebelum memulakan acara, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Cik Norlaila Taharim dan pelajar Sains Sukan. Pertandingan merentas desa ini dijalankan mengikut kategori iaitu :

 

  • Kategori Lelaki Atas
  • Kategori Lelaki Bawah
  • Kategori Perempuan Atas
  • Kategori Perempuan Bawah
Kejohanan Merentas Desa kali ini turut dibantu oleh barisan polis trafik Kota Kinabalu yang bertindak sebagai pengawal lalu lintas laluan merentas desa. Johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa tahun 2020 berdasarkan pungutan mata telah dimenangi oleh rumah jingga. Tahniah!
 

Leave a Reply