Pada 18 Januari 2020 iaitu pada hari sabtu, Sekolah Menengah SM All Saints telah menganjurkan ceramah dan bengkel bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan amalan Pembelajaran Abad ke -21 dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan ( PdPc). Ceramah dan bengkel ini telah dihadiri oleh 79 orang guru dari Sekolah Menengah All Saints dan 11 orang guru dari PLCS3.Ceramah ini dilansungkan di Dewan SM All Saints bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 01.00 petang. Pihak sekolah SM All Saints telah menjemput seorang penceramah yang diterbangkan khas dari Jerlun Kedah iaitu Cikgu Norhailmi Bin Abdul Mutalib yang  merupakan seorang Ikon guru adiwira PAK21 dan STEM yang selalu berkongsi amalan PAK21 di laman sesawang miliknya dan mempunyai ramai pengikut terutama daripada kalangan guru-guru. Sepanjang perkongsian tersebut, Cikgu Hailmi telah banyak berkongsi amalan PAK21 seterusnya telah memberikan panduan dan bimbingan kepada guru untuk melaksanakan PAK21 dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan.Tuntasnya, guru-guru telah banyak memperoleh input berkaitan PAK21 dan boleh diaplikasikan dalam Pdpc di kelas.

 

Please follow and like us:

Leave a Reply