SMK SANZAC telah meraihkan banyak kejayaan pada tahun 2019.  Kejayaan tertinggi adalah kejayaan yang merentas benua Asia Tenggara. Sebuah Majlis Apresiasi Sahabat SANZAC telah dijalankan pada 8 Januari 2020 bertempat di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejaayan warga SANZAC yang dilakarkan sepanjang 2019. Salah satu usaha pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dana daripada pihak Yang Berhormat, YBhg. Dato’ Seri/ Tuan2/Puan2 dalam menyokong dan menjayakan pelbagai program sekolah bukan sahaja di peringkat negeri Sabah, peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2019.

Antara kejayaan yang telah dilakar pada tahun 2019 ialah Second Prize Winner dalam SEAMEO-Japan ESD Award 2019 yang merupakan satu anugerah berprestij bukan sahaja untuk SMK SANZAC, Sabah malah Malaysia. Ini adalah kerana dalam Majlis yang gilang gemilang yang telah diadakan di Bangkok, Thailand daripada beberapa anugerah yang disampaikan, hanya satu anugerah yang dimenangi Malaysia dan anugerah tersebut telah dimenangi oleh sekolah kita. Penolong Kanan Pentadbiran SMK SANZAC, Puan Hjh Noraini bt Abdullah telah hadir mewakili Pengetua untuk menerima anugerah ini. Kemenangan anugerah ini adalah berdasarkan semua aktiviti murid yang telah berjalan sejak tahun 2016 hingga 2019 yang menepati  tema pertandingan 2019 : Building Peace in Schools and Communities.

Kejayaan yang seterusnya adalah kemenangan beberapa Gold Medal serta anugerah khas oleh Kumpulan Guru Inovatif SMK SANZAC di Korea Selatan yang diketuai oleh Puan Norlyziah bt Ali Hussein dan rakan-rakan beliau iaitu Cikgu Marynah Persin dan Puan Julizah binti Norimin. Tidak dilupakan kejayaan DUA pasukan SMK SANZAC yang mewakili Malaysia sebagai Top 10 Finalists dalam ‘I Can Children Global Summit’ di Rome, Italy pada 26 November 2019 hingga 01 Disember 2019.

Harapan program ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sekolah dengan komuniti.  Sumbangan dana dari pelbagai pihak ini amat bermakna dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Semoga usaha baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya meningkatkan lagi nama baik SMK SANZAC!

Majlis juga turut dihadiri oleh  Y.B. Tuan Awng Husaini Mohd Sahari, Ahli Parlimen P.173. Putatan. Diantara inti pati ucapan adalah beliau sangat berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan oleh pelajar SMK SANZAC. Beliau memuji usaha guru-guru dalam mengilap bakat pelajar yang sudahpun berjaya membuat pembentangan bersama-sama pelajar di kalangan 40 buah negara lain di Rome, Itali. Kefasihan pelajar dalam membuat pegucapan umum sangat dalam bahasa Inggeris amat mengagumkan. Beliau juga menekankan kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai medium pertuturan.

 

Berikut merupakan senarai tetamu yang hadir:

Y.B. TUAN AWANG HUSAINI BIN MOHD. SAHARI

Pejabat Pusat Khidmat,

Ahli Parlimen P.173 Putatan,


Y.BHG. DATO’ SERI MARAJOH BIN HAJI UNDING

Pengerusi Eksekutif,

MARMAZ Group Holdings Sdn. Bhd.

 

Yang Berusaha,

MR. TAN KIM POH

Pemimpin Pembangunan Masyarakat N. 14 Likas

 

Yang Berusaha,

EN. MOHAMMAD IMRAN SHAH

Penolong Pengarah

Sektor Pengurusan Sekolah

JPN

 

Yang Berusaha,

PUAN AMINAH LIMAN

Penolong Pengarah

Sektor Pembelajaran JPNS.

 

EN. ABDUL ZANI BIN EBNU HASSAN

Penolong Pegawai Pembangunan

Sektor Pembangunan bakat Murid PPDKK

 

TUAN  HJ. JANIS  ABDULLAH

Yang Dipertua PIBG ,

SMK SANZAC

 

Tuan Noor Salleh bin Tamanong,

Pengerusi Alumni SMK SANZAC,

 

Leave a Reply