Apa sahaja yang kita lakukan tidak akan sempurna tanpa sebuah majlis permuafakatan atau majlis doa selamat. Maka pada tahun lalu, sebelum berangkatnya dua pasukan SMK SANZAC ke Rom, Itali, sesi permuafakatan dan majlis doa selamat rombongan ‘I CAN CHILDREN’S GLOBAL SUMMIT 2019 telah diadakan di Ruang Makan, Kantin SMK SANZAC. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk ibu bapa dan pihak sekolah bermuafakat sebagai persediaan pelajar ke pertandingan peringkat antarabangsa. Di samping itu, majlis ini adalah tanda sokongan komuniti terhadap penglibatan aktiviti pelajar. Majlis ini telah dijalankan pada 20 November 2019.
10 org pelajar dr kumpulan Caring Heart Cleaner Society dan C’mon Lets read adalah dua kumpulan yg telah terpilih utk menyertai I CAN Children’s Global Summit kali ke-3 yg bakal berlangsung pd 25-30 November di Rome, Italy diiringi oleh Cikgu Lim Yi Wei dan Cikgu Sinorita Mait. Majlis turut dihadiri oleh wakil Pengarah Pelajaran Sabah, PPD KK, wakil Syarikat MARMAZ sdn bhd, YDP PIBG & AJK, Presiden Alumni SMK SANZAC, guru-guru dan ibu bapa. Majlis dimulakan dengan sesi permuafakatan ibu bapa dan sekolah sbg persediaan akhir peserta sblm bergerak ke Rome. Borang senarai semak keperluan pelajar diedarkan kepada ibu bapa.Sesi perbincangan ketua rombongan dan ibu bapa berkaitan tiket penerbangan, jadual penerbangan, dan kebajikan pljr berlangsung dalam suasana harmoni dan akrab. Ucapan sepatah dua kata disampaikan oleh Tn Haji Janis (Ydp PIBG), Tuan Muarifin (JPN), Puan Tah Niah (PPD KK), Dr Sharkawi ,Tuan Nor Salleh Tamanong ( Presiden Alumni), dan Dato’ Jimsbon Unding mewakili Syarikat MARMAZ sdn bhd. Sesi menyerahkan sumbangan daripada pihak MARMAZ, alumni SMK SANZAC, pengusaha kantin, Syarikat MARMAZ sdn bhd, individu persorangan berlangsung. Sumbangan insentif dan jaket pelajar disampaikan oleh YDP PIBG. Bacaan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Raja Shahriz bin Mohd Noor. Pada akhir majlis diadakan sesi bergambar.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan