SM All Saints-Bisan Middle scholl Global Generation

SM All Saints-Bisan Middle scholl Global Generation

Pada 28 Okt-5 Nov 2019, seramai 15 org pelajar dan 2 org guru serta Pengetua dari SM All Saints telah mengadakan lawatan ke Bisan Middle school, Anyang city Korea dibawah program pertukaran pelajar SM All Saints-Bisan Middle school Global Generation. Rombongan sekolah telah disambut dengan meriahnya dengan persembahan takewondo, nyanyian, tarian tradisi serta alat instrument musik tradisi dari pelajar Universiti di Korea. Kemuncak persembahan ialah tarian KPop oleh pelajar2 Bisan Middle school. Turut serta menyambut kehadiran kami ialah Pengetua Bisan Middle school, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Bisan school, Bekas Pengetua Bisan Middle school dan Pegawai dari Jabatan Pendidikan Anyang city.
Sepanjang lawatan, pelajar2 All Saints tinggal bersama adik beradik angkat mereka dan mendalami kehidupan seharian dan makanan Korea. Pelajar2 All Saints juga berpeluang mengikuti kelas2 di sekolah Bisan Middle school seperti pendidikan Jasmani, Kelas Masakan, Kelas Tarian KPop dan Kelas seni. Pelajar2 dan guru2 All Saints juga telah di bawa ke Incheon untuk lawstan ke Virtual Reality world, Ice skating stadium di Anyang city, lawstan ke istana Gyeonbok di Seoul dengan berpakaian tradisional Korea iaitu Hanbok, Insadong street market dan Hanok village (Folk Village) di Yongin Gyeogido. Rombongan berangkat pulang ke Kota Kinabalu pada 5 Nov 2019.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply