Pada 13 hingga 17 November 2019, Faith Fedora Shiu Xiao Min dari SJK( C ) St.James telah meraih pingat dalam kejohanan memanah Sirkit Sabah Siri 2/2019. Pertandingan ini berlangsung di Padang Bola Sepak Sekolah Sukan Malaysia Sabah.
Faith Fedora telah merangkul pingat Emas dalam kategori individu dan bergu lelaki campuran dalam pusingan Olimpik. Faith juga mendapat Perak dan Gangsa dalam acara Bergu Pusingan Olimpik dan Pusingan Kelayakan.
Semoga Faith mencapai kejayaan yang lebih sukses di masa hadapan!