SMK SANZAC , Johan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)

SMK SANZAC , Johan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)

25 Oktober 2019 – 3 pasukan Inovasi SMK SANZAC telah menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) anjuran UMS. Pertandingan ini adalah pertandingan peringkat negeri Sabah dan pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan PEREKA bertemakan Kitar Semula.

Berikut merupakan nama projek yang telah dihasilkan  oleh 3 pasukan SMK SANZAC.

1) Plastool – Kumpulan S.U.P Saviours (Lim Yi Wei) 

2) Q-Vase – Kumpulan Gold Edition (Nowenna Willie)

3)  Magic Rope– Kumpulan Titan N.G (Ong Ai Chin)

Kumpulan S.U.P Saviours telah mendapat Johan dan menerima piala berserta  RM 1000. Manakala kumpulan Gold Edition telah mendapat Tempat ke-Tiga, menerima piala berserta RM 500. Kumpulan S.U.P Saviours telah dijemput ke Majlis Makan Malam Anugerah Penyelidik UMS.

Tahniah kepada semua pasukan Inovasi SMK Sanzac.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply