Pada hari Ahad, 20 Oktober, dua orang murid SMJK Shan Tao telah menyertai Pertandingan Rero Trashsure Hunt yang telah dianjurkan oleh Kinabalu Coders, MARii (Malaysian Automotive Robotics and IoT) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sempena Borneo Autoshow di Dewan Kebudayaan Penampang. Rusty Vortex yang dianggotai oleh Irfan Kamaruddin dan Adawiyah Aqilah Alimee telah berjaya mendapat tempat ke -4 setelah melalui tiga pusingan pertama secara liga dan pertandingan antara top 8 dan top 4. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua murid ini diharap bakat mereka dapat diasah lagi dalam pertandingan akan datang