Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019, bertempat di Taman Teluk Likas telah diadakan Acara Gotong Royong bersama Persatuan Hotel Malaysia Sabah/Labuan. Tiga buah sekolah yang terlibat dengan gotong royong ini iaitu SMJK Shan Tao, SMK Lok Yuk dan SM All Saint. SMJK Shan Tao telah menghantar 30 orang pelajar tingkatan 3. Aktivti dimulakan dengan senamrobik di awal pagi. Seterusnya murid dibekalkan dengan plastik sampah dan sarun gtangan untuk gotong royong membersihkan sampah-sampah sepanjang pantai Teluk Likas.