Pada 8 – 12 Julai. 2019, Pasukan Tugu Budaya sekolah telah menyertai Pertandingan Tugu Budaya Etnik Sabah yang ke-10, International Youth Folk Dance Festival yang telah berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.
Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah di seluruh Malaysia dan sebanyak 10 buah sekolah menengah termasuk SM All Saints’ telah berjaya ke pusingan akhir pertandingan tersebut.
Sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan dan pasukan Tugu Budaya Sekolah telah berjaya mendapat 4 pencalonan utama iaitu:
- Anugerah Tarian Tradisi Terbaik
- Anugerah Visual Terbaik
- Anugerah Penyusunan Musik Terbaik, dan
- Anugerah Koreografi Terbaik
Pasukan Tugu Budaya Sekolah telah berjaya merangkul Anugerah Tarian Tradisi Terbaik Kategori Sekolah Menengah dan menerima hadiah berupa trofi dan wang tunai yang berjumlah RM1 500. Pasukan Tugu Budaya Sekolah juga telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dan membawa pulang hadiah berupa trofi kemenangan, sijil penyertaan dan juga wang tunai sebanyak RM10 000.