SMJK Shan Tao Bolot Hadiah Pertandingan Melukis Sempena Malaysian Sports Challenge (MySC’19) dan DWEN (Dasar Warga Emas Negara) Peringkat Negeri Sabah

Pada 11 Okt 2019, SMJK Shan Tao telah menghantar 10 penyertaan bagi Pertandingan Melukis DWEN (Dasar Warga Emas Negara) dengan tema Warga Emas Sejahtera Negara Maju Jaya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang pelajar iaitu Albright Linggahan berjaya mendapat  Johan, Sia Hoe Jia sebagai Naib Johan dan Anantasha Alexius mendapat tempat ketiga pertandingan peringkat negeri ini. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Oktober 2019,  di Wisma Pendidikan dan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah iaitu Puan Mistirine binti Radin. SMJK Shan Tao juga telah menghantar dua pasukan, iaitu satu pasukan bola jaring yang terdiri daripada lima pelajar perempuan dan juga pasukan bola sepak yang terdiri daripada lima pelajar lelaki untuk pertadingan menimbang bola.

  

 

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of