Program   :  #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Tarikh                             :  1- 3 Oktober 2019

Tempat                          :  Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor.

Anjuran                         :  KPM, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku)

Objektif umum            :  Ke arah mencegah gejala buli di sekolah.

Objektif utama            :  Memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah.

SDG disokong               :  SDG4 (Education 2030)

SDG fokus                      :  SDG4.7 (kewarganegaraan global) – keamanan dan hak kanak-kanak.

Saringan 1 : Menyediakan video berdurasi 90 saat atau esei sepanjang 300 – 500 patah perkataan bertemakan tentang buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:
1.Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
2.Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli
Dalam kem ini, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi.

Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja untuk menyertai kem lanjutan pada 18 – 21/11/2019. Peserta terpilih daripada SMK SANZAC ialah Mohd Afiq Iskandar

Mohd. Afiq bersama-sama 14 rakannya yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20/11/2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan