SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU buat julung kalinya telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Tanjung Aru Cobra 7 Sepasukan Bawah 12 Tahun 2019 Peringkat Negeri Sabah pada 28 hingga 29 September 2019 bertempat di Padang SK Tanjung Aru 1 Kota Kinabalu. Penganjuran ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN), Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).
SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu merupakan sekolah rendah yang pertama menganjurkan kejohanan ragbi seumpama ini. Sebanyak 23 pasukan daripada 17 buah sekolah dari seluruh negeri Sabah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Senarai sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:-
- SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU
- SK LAHAD DATU 2, LAHAD DATU
- SK KEBULU, KENINGAU
- SK KEM TENTERA, SANDAKAN
- SRK SACRED HEART, KOTA KINABALU
- SK TANJUNG ARU 1, KOTA KINABALU
- SK TANSAU, PENAMPANG
- SK MATUNGGONG, KUDAT
- SK PETAGAS, PENAMPANG
- SK TANJUNG BATU, TAWAU
- SK BABAGON, PENAMPANG
- SK PEKAN KOTA BELUD, KOTA BELUD
- SK KAPA, TAMPARULI
- SK PULAU MANTANANI, KOTA BELUD
- SK PENAMPANG, PENAMPANG
- SK TOMBOVO, PENAMPANG
- SK SEPAGAYA, LAHAD DATU
Majlis penutupan kejohanan ini telah dirasmikan oleh Puan Alissa Alha, Penolong Pengarah Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sabah. Dalam ucapan beliau, kejohanan ragbi ini merupakan titik permulaan kepada program yang lebih besar pada masa akan datang dimana pemain-pemain berbakat (Bawah 12 Tahun) dari seluruh negeri Sabah akan dipilih mengikuti latihan khusus di bawah Majlis Sukan Negeri seterusnya mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Ragbi Negeri Sabah. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan seluruh warga SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu kerana berjaya menganjurkan kejohanan ragbi 7s B12 dengan cemerlang.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Ragbi Tanjung Aru Cobra 7 Sepasukan Bawah 12 Tahun 2019 Peringkat Negeri Sabah. Tidak lupa kepada para penaja dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kewangan, peralatan serta tenaga dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.
Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Army Camp (SK Kem Tentera Sandakan) kerana telah menjadi Juara bagi kategori pasukan lelaki dan SK Kebulu yang telah menjuarai kategori pasukan perempuan.
Keputusan penuh:-