SMK SANZAC sertai ‘’SABAH PLOGGING RUN’’ Go Green With Sabah

Warga SMK SANZAC tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam ‘’SABAH PLOGGING RUN’’Go Green With Sabah yang telah diadakan pada 29 September 2019 di Perdana Park, Tanjung Aru. Pelajar- pelajar SANZAC berasa seronok kerana turut sama membantu dalam usaha membersihkan Bandar Kota Kinabalu. Pada hari tersebut juga, SMK SANZAC telah membuka gerai/booth yang dikendalikan oleh PERTENA (Persatuan Pelajar Tingkatan 6) dan Program Cleaning Hearts dan Cleaning Society di bawah seliaan Cikgu Lim Yi Wei. Pelbagai hasil barangan terbuang daripada botol mineral dipamerkan dan dijual digerai tersebut. Selain itu, gerai PERTENA turut menjual air Roselle yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang datang. SMK SANZAC berbesar hati menerima kunjungan Datuk Yeo Boon Hai, Bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu. Di harap warga SMK SANZAC diberi peluang lagi menyertai ‘’Sabah Plogging Run’’ pada masa yang akan datang.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of