Seorang murid Tahun Satu SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu telah mengambil bahagian dalam  2nd Leg Sabah Development Junior Tour 2019 pada 15 hingga 16 September 2019, bertempat di Keningau Golf and Country Club. Adik Hazim Ahmad Hariry, 7 tahun, dari kelas 1 Berlian telah berjaya meraih tempat kedua bagi kategori Lelaki E (U-8). Acara yang dianjurkan oleh Sabah Golf Association ini bertujuan untuk mempromosikan dan mencari bakat-bakat muda yang bakal menjadi pelapis dalam sukan golf.

Warga SK Tanjung Aru II mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang dicapai dalam acara tersebut. Sesungguhnya keberanian dan komitmen adik Hazim Ahmad Hariry menceburi sukan golf amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sebayanya meskipun baru berusia 7 tahun. Semoga beliau terus berjaya dan menjadi seorang pemain golf yang hebat suatu hari nanti.- Oleh Norayati M.I

 

 

Leave a Reply