SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU sekali lagi mengharumkan nama negeri Sabah dan juga Malaysia apabila seorang murid berjaya merangkul pingat perak dalam Total Gym 7th International Gymnastics Tournament yang diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 2019 bertempat di The House of Champions, Gem In Mall, Cyberjaya. Marsha Tamara Binti Mohd Shirshah (dua dari kiri), 11, murid tahun 5 Delima telah meraih dua pingat perak dalam acara Women Artistic Gymnastic Under 14 (WAG U14) bagi kategori Balance Beam (Level 3) dan Team Award.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Semoga adik Marsha Tamara Mohd Shirshah akan terus menyinar di peringkat antarabangsa dalam sukan gimnastik  seterusnya memartabatkan nama Malaysia di persada dunia.- oleh: Norayati M.I

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan