Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan , Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SANZAC

Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan , Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SANZAC

Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan, Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SMK SANZAC 2019 telah diadakan pada 20 September 2019 (Jumaat) pada pukul 7.30- 11.30 pagi di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC. Majlis ini diadakan untuk sempena penutupan bulan kemerdekaan, penutupan minggu kesihatan dan majlis perpisahan Penolong Kanan HEM, En. Awaang Daramat B. Mattiasin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar. Diikuti dengan persembahan murid, antara persembahan murid adalah Bicara Berirama, Sketsa Gaya Hidup Sihat, Nyanyian Duet “ Bahtera Merdeka” dan persembahan PBL AB61x(“kitaran Haid”)

Majlis diteruskan dengan memberi hadiah kepada pemenang- pemenang bagi minggu kesihatan. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum , En. Sapri Bin Lakim dan Guru Kesihatan Pn. Rosneh Binti Abidin.

 

Antara aktiviti minggu kesihatan:

Ceramah “Berhenti Merokok”

Pameran Kesihatan

Pertandingan menghias topi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran

Pertandingan membuat salad

Kuiz Kesihatan

Pemeriksaaan gigi

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk insan yang diraihkan En. Awang Daramat, PK Hem SANZAC. En. Awang Daramat telah dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Sektor Pengurusan  (HEM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Majlis dimulakan dengan persembahan pantun oleh pasukan pantun SANZAC. Kemudian diteruskan dengan  persembahan sketsa oleh pelajar tingkatan 5B, ucapan Pengetua Cemerlang, Dr. Shirley dan diakhiri dengan ucapan En. Awang Daramat. Semoga En. Awang Daramat B. Mattiasin terus maju dan cemerlang walau dimana berada.  Jasa dan pengorbanan akan terus dikenang. Jutaan terima Kasih diucapkan daripada Warga SMK SANZAC.

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply