SMK Likas telah mendapat Johan dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Grafiti Peringkat Daerah Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan pada 7/9/2019 di Perkarangan Wisma Dang Bandang. Smk Likas telah menghantar 2 kumpulan dari Tingkatan 6 untuk menyertai pertandingan ini. Kumpulan Jebon iaitu Mohd Azlan, Shahril dan Mohd Ikram berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000 sebagai juara. Manakala tempat ketiga disandang oleh kumpulan Mulan iaitu Intan, Redzuan dan Aena telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 500.

Hasil karya pelajar telah dipamerkan di Perkarangan Wisma Dang Bandang.

Leave a Reply