Ceramah Sejarah Sempena Majlis Penutupan Bulan Bidang Kemanusiaan dan Bidang Teknik dan Vokasional SMK SANZAC

Ceramah Sejarah Sempena Majlis Penutupan Bulan Bidang Kemanusiaan dan Bidang Teknik dan Vokasional SMK SANZAC

Majlis Penutupan Bulan Bidang Kemanusiaan  dan Bidang Teknik dan Vokasional telah diadakan pada 5 September 2019(Rabu). Acara dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan doa pembukaan oleh Ust. Mohd. Termizi dan diikuti dengan ucapan oleh Pengetua SMK SANZAC, Dr. Shirley Tay Siew Hong.

Acara diteruskan dengan ceramah daripada jemputan khas Panitia Sejarah anjuran Bidang Kemanusiaan dengan kerjasama Persatuan Tingkatan 6 (PERTENA) SMK SANZAC iaitu Profesor Madya Dr. Bilcher Bala Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah(UMS) yang telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kenapa Pentingnya Belajar Sejarah?’ kepada pelajar SMK SANZAC.

Kemuncak majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang telah menyertai aktiviti anjuran semua panitia dibawah Bidang Kemanusiaan dibawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan Puan Norlyziah Binti Ali Hussein. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengetua SMK SANZAC.

Dalam acara yang sama, penyampaian hadiah bagi semua aktiviti panitia dibawah Bidang Teknik dan Vokasional dibawah seliaan Puan Suriani Binti Hashim juga telah diadakan.

Tahniah kepada semua pemenang dan pelajar yang telah menyertai semua aktiviti.

Majlis ini diakhiri dengan acara jamuan VIP.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply