24 Ogos 2019, SMK Sanzac telah mengadakan Hari Kantin- Hari Koperasi dan Hari Kokurikulum Merdeka dengan kerjasama Bank Rakyat yang berlangsung pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Pada hari tesebut, wakil daripada Bank Rakyat telah menyampaikan info/ceramah tentang Kad Bank. Wakil Bank Rakyat berbesar hati memberi sumbangan kepada dua program sekolah berkaitan Alam Sekitar iaitu CHCS dan Yuk Baca Yuk.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak guru-guru dan pelajar. Antaranya ialah jualan gerai yang menawarkan berjenis makanan dan minuman, pertandingan gerai tercantik, pertandingan melukis dan lain-lain. Selain itu, pertandingan menyanyi lagu kemerdekaan juga diadakan. Pengunjung juga berpeluang menguji kepantasan dan kepintaran dengan mencuba satu permainan yang diadakan iaitu “ESCAPE”. Pengunjung kanak-kanak berpeluang mengikuti pertandingan mewarna.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat yang telah memilih SMK Sanzac dalam menjayakan Hari Kantin. Di harap pada masa akan datang program ini dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang.