Program Baca Puisi Santai oleh Jom Sastera selepas program SUNTIK di DBP

Program Baca Puisi Santai oleh Jom Sastera selepas program SUNTIK di DBP

10 Ogos 2019 -Tiga orang murid SMK SANZAC telah dibawa ke program tersebut oleh Cikgu Fauziah Hj Moksin. Mereka dpt membaca buku-buku yang ada di Kedai DBP, banyak perkongsian ilmu daripada pakar sastera & org2 bahasa d DBP pada hari tersebut. Cikgu Fauziah yang juga ahli Jom Sastera & IPS membawa anak-anak murid dengan tujuan untuk menambah ilmu & mengembangkan bakat / potensi mereka bukan saja dalam bahasa tetapi juga dalam pengucapan puisi tidak kiralah sajak, syair, pantun & sebagainya. Bukan sahaja mereka dapat mengisi masa senggang pada hari tersebut tetapi melalui pelbagai cara/gaya bahasa puisi itu disampaikan, mereka dapat melatih diri tampil lebih berani & yakin menyampaikan buah fikiran.
Walaupun 2 orang daripada anak murid ini adalah dari kelas aliran Sains tetapi tidak menghalang mereka untuk menimba ilmu bahasa & sastera bagi persediaan pada masa-masa yang akan datang Pada hari itu, mereka dapat berkenalan dengan beberapa orang penulis , pakar bahasa dan sastera Mereka juga berkesempatan menyampaikan puisi iaitu nazam dan pantun.

Murid2 terlibat:
1. Siri Nordiana A.Hamid 6 Rendah
2. Nur Fathi Ibtisam Bt. Sofizul Anizam – 4 Bougainvillea
3. Sarah Adybah Mohd. Yaqub – 4 Bougainvillea

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply