SMJK Shan Tao berjaya mendapat Anugerah Pempamer Terbaik di Pameran PAK 21 STEAM Peringkat Negeri Sabah

Kumpulan Elementos daripada SMJK Shan Tao yang dianggotai oleh Darien Maclaster Julin, Jeremy Sebastian Jason Vitales, Hee Kim Fatt, Charlene Lailanie Charles, Andreyan Symond Dominic, Queenie Chin Ying Yee, Nataley Evyonie Zamrey, Hayden aaron Rudie dan Chester Yong Ken Ren telah berjaya mendapat Anugerah Pempamer Terbaik di Pameran PAK21 (STEAM) Peringat Negeri Sabah yang telah diadakan di SMK Lok Yuk Kota Kinabalu Sabah pada 3 Ogos 2019.  Kumpulan ini juga telah mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan PBL yang telah diadakan di SMK Lok Yuk pada 24 & 25 Julai 2019.  Guru penasihat  kumpulan Elementos adalah Pn. Dennes Jonioh dan Pn. Noraini Surumin. SMJK Shan Tao telah menghantar sebanyak 10 kumpulan pempamer pada pameran kali ini. SMJK Shan Tao juga terlibat sebagai Jawatan Kuasa Pelaksana dimana Pengetua SMJK Shan Tao, Pn. Lee Li Leng adalah sebagai Pengerusi Pelaksana, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Aw Kam Ooi adalah sebagai Penolong Setiausaha dan Badan Pemimpin Sekolah yang terdiri daripada Pengawas, Badan Parlimen, Pengawas Pusat Sumber, Ahli Lembaga Koperasi, PEmbimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber seramai 70 orang telah memainkan peranan sebagai Liaison Officer (LO). SMJK Shan Tao juga terlibat sebagai Jawatan Kuasa Pendaftaran pameran ini. Syabas dan tahniah kepada warga SMJK Shan Tao

.

Kumpulan Elementos

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of