SMJK Shan Tao Mendapat Saguhati 1 di Karnival Tarian Etnik@Live (Peringkat Kebangsaan)

SMJK Shan Tao telah menyertai Karnival Tarian Etnik @Live (Peringkat Kebangsaan)Projek Berurung Kitani anjuran Unit ICT & Frog VLE SMK Sindumin, Sipitang. Pertandingan ini adalah secara atas talian. Undian untuk setiap pasukan yang bertandingan telah dibuka pada 21hb sehinggan 25hb Julai 2019. Undian telah dibuat melalui Facebook. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sanggar Budaya Shan yang telah berjaya mendapat Saguhati 1 (Tempat ke-empat) dalam pertandingan ini. Kumpulan ini telah membersembahkan tarian Sumirid iaitu tarian tradisi kaum Dusun dari daerah Ranau. Kumpulan Sanggar Budaya Shan terdiri daripada Devonna Lenora Jonyson,Kelly Chong, Evanatasyia Samuel, Brenda Emerald Welfred, Andreyan Symond Dominic, Hayden Aaron Rudie, Luke Edgar Victor, Harrison Sabin  dan guru pengiringnya adalah Puan Vanessa Ladu Jalong.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of