The Champion RAC '19 Sabah Primary Schools
Gold Award
Silver Award

 

Keputusan keseluruhan RAC ’19 Live Coding Challenge rero:micro (Primary) – Peringkat Negeri Sabah

 

27 Julai 2019 – Sebanyak 4 pasukan yang diwakili oleh seramai 8 orang Duta Penggerak Digital SK Kolombong telah mengikuti Pertandingan RAC ’19 Live Coding Challenge with rero:micro (Primary) peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Smart Space, Tingkat 9 Wisma Bandaraya Kota Kinabalu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Daripada 4 pasukan yang bertanding, satu daripadanya berjaya menerima Gold Award iaitu iaitu pasukan SKK_RERO 1 yang diwakili oleh adik Muhammad Izzat Khaleel Bin Kasnan (Tahun 5) dan adik Mohammad Hafeez Bin Mokhtar (Tahun 4) manakala pasukan SKK_RERO 4 pula yang diwakili oleh adik Puteri Aleeya Fariesya Binti Md Airulsah (Tahun 6) dan adik Shazleen Alya Binti Aszman (Tahun 6) berjaya menerima Silver Award.

Keempat-empat orang murid ini akan mewakili Negeri Sabah ke pertandingan RAC ’19 Live Coding Challenge rero:micro (Primary) – National Level yang akan berlangsung pada bulan September di Kuala Lumpur nanti.

By XBA4020

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan