SK RUMINDING BUAT KEJUTAN RAIH 9 ANUGERAH UTAMA SEMPENA KARNIVAL CIP PPDKK 2018

Wakil Sk Ruminding menerima anugerah daripada mantan PPD En Umin Hj Sadi

SIAPA sangka SK Ruminding yang berstatus SKM dan satu-satunya sekolah Pedalaman P3 dalam daerah Kota Kinabalu berhasil membolot 9 anugerah utama sempena Karnival CIP (CREATE,INNOVATE,PRODUCED) yang telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Lobi utama Oceanus Mall Kota Kinabalu.

Antara anugerah yang diraih ialah cemerlang BM penulisan UPSR, Bahasa Inggeris Pemahaman dan anugerah Guru Besar Cemerlang serta banyak lagi anugerah akademik lain sekaligus menobatkan SK Ruminding paling cemerlang khususnya dalam kemenjadian murid.

Bersempena Karnival tersebut juga semua sekolah telah menyediakan booth pameran hasil kreativiti masing-masing dalam mencetuskan program sekolah yang menjana kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid khususnya. Booth SK Ruminding  yang bertemakan Sekolah eko pelancongan pedalaman sabah telah berjaya menarik perhatian kira-kira 250 pengunjung sepanjang karnival yang telah berlangsung selama 2 hari itu.

Good job and welldone alls.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of