23 Julai 2019 – Tahniah diucapkan kepada SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu kerana berjaya menjadi EMAS dalam pertandingan Inovasi Darulaman Peringat Kebangsaan (PRiSm’19). Pertandingan itu berlangsung di Alor Setar, Kedah selama 2 hari iaitu pada 22 Julai 2019 hingga 23 Julai 2019. Seramai 26 pasukan sekolah rendah dari seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Namum, SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu berjaya mendapat Pingat EMAS dalam pertandingan tersebut. Tajuk inovasi sekolah ialah “Planting AC Mushroom Using IoT. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam pertandingan bertaraf kebangsaan ini. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada Kinabalu Coder, Penasihat IoT SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu yang telah memberi bantuan teknikal dalam IoT penanaman kulat. #anglo_chinese #KC #kinabalucoder #iot #ir4.0

 

 

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan