BENGKEL KEMASKINI DASHBOARD CENTRAL SEKOLAH SUB PLC MAKLUMAT 1 (SR)

24 Julai 2019 – Kumpulan Sub PLC Maklumat 1 Sekolah Rendah Kota Kinabalu  telah mengadakan Bengkel Kemaskini Dashboard Central Sekolah  (DCS) bertempat di Chrome Lab, SK Sacred Heart Kota Kinabalu. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai tujuh orang Guru Data dan Maklumat (GDM) dari SK Tanjung Aru II, SK Tanjung 1, SK Sacred Heart, SK Sembulan, SK Sri Gaya (SBT), SK Stella Maris dan SK Pulau Gaya. Tujuan bengkel ini adalah untuk membuat semakan dan kemaskini DCS sebelum dibentangkan dalam taklimat JPMS sekolah masing-masing. Disamping itu juga, bengkel seumpama ini dapat membantu meningkatkan kemahiran softskill serta kreativiti GDM dalam pengurusan maklumat sekolah. Dashboard Central Sekolah yang dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Power Bi telah mula digunakan sebagai pusat maklumat maya menggantikan Buku Statistik di sekolah-sekolah PPD Kota Kinabalu sejak tahun 2018.- Oleh Norayati M.I.

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of