Perkhemahan Digital ‘Bootcamp’ DMHSKK v1.0

Pada 13 dan 14 Julai 2019, program Perkhemahan Digital ‘Bootcamp‘ DMHSKK v1.0 bertempat di Digital Maker Hub SK Kolombong telah berlangsung dengan jayanya. Program perkhemahan ini disertai oleh seramai 25 orang duta penggerak digital SK Kolombong yang terdiri daripada murid-murid Tahap dua yang mewakili Kelab dan Persatuan masing-masing iaitu Kelab Robotik, Kelab Fotografi dan Videografi serta Kelab Komputer. Di antara pengisian program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini adalah sesi pemasangan khemah di kalangan peserta, pembelajaran digital bersama jurulatih dari Chumbaaka, aktiviti My Digital Talent, BBQ Night for DMH’s Family, Senam robik, e-sport dan lain-lain lagi.

Sesi photo group di majlis penutupan program.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of