Larian Amal Jubli Emas (50 Tahun) SMK SANZAC 2019

SMK SANZAC di dada akhbar online (Malaysia Sihat).

Laporan di bawah dipetik daripada keratan akhbar online Malaysia Aktif.
(Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Roshidayah Idris/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC (SMK SANZAC) pada asalnya dikenali sebagai ANZAC College yang dibina pada tahun 1969 atas usaha gabungan bekas perajurit Australia dan New Zealand (Australia, New Zealand Army Corps) atau lebih dikenali dengan nama ANZAC. Pembinaan bangunan sekolah yang pada permulaannya  mempunyai tujuh bilik darjah ini dibina sebagai tanda kenangan wujudnya hubungan erat antara rakyat Sabah dan anggota–anggota tentera ANZAC yang menjadi rakan seperjuangan semasa berlakunya perang Dunia Kedua. Atas dasar tersebut sempena Sambutan 50 tahun penubuhan SMK SANZAC satu acara Larian Amal Jubli Emas akan diadakan pada 27 Julai ini. Larian amal bersejarah yang buat julung kalinya diadakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK SANZAC, Kelab Alumni dan Unit Kokurikulum SMK SANZAC.

Yang dipertua PIBG SMK SANZAC, Janis Abdullah berkata program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat terutama sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk menderma sambil beriadah bagi menambah dana untuk membiayai aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah murid agar lebih berdaya saing dalam meningkatkan lagi prestasi murid dan sekolah dari semua aspek pembelajaran mahupun kokurikulum. Larian yang berkonsepkan ‘Run for Fun, Healthy and Charity’, sejauh 5 kilometer ini akan bermula dan tamat di perkarangan pintu masuk SMK SANZAC bermula dari jam 7.00 pagi. Menurut penyelaras SANZAC Fun Run, Sapri Lakim, setakat ini penyertaan daripada orang awam serta alumni adalah sangat memuaskan.

Janis (tengah) menjelaskan berkenaan objektif program SANZAC FUN RUN sambil diperhatikan Sapri (kiri) dan Marini (kanan)
Peta laluan larian 'Run for Fun, Healthy and Charity’

 

 

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of