Bank Rakyat sekali lagi melalui Yayasan Bank Rakyat telah mengadakan program Ikon bersama Ikon jemputan iaitu Imam Muda Ashraff bagi tahun 2019. SMK SANZAC telah dijemput untuk menghadiri Program ini pada 9 Julai 2019 (Selasa) yang lalu di Dewan Saadah, Tingkat 2, Wisma Muis. Tujuan program ini diadakan adalah salah satu CSR Bank Rakyat dalam menghargai sumbangan dan sokongan sekolah sebelum ini. Semasa program motivasi, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan baru berikutan ia akan disampaikan oleh salah satu ikon yang berpengalaman dan terkenal di Malaysia iaitu Imam Muda Ashraff. Seramai 40 orang pelajar bersama 3 guru pengiring telah hadir untuk menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat atas jemputan yang bermakna ini.