Program KOTAK telah dijalankan di Dewan Tertutup SMK SANZAC pada 9 Julai 2019 yang lalu oleh Dr. Norazuwa Hazwan, Pegawai Pergigian Ug44, Penyelaras Program KOTAK, Klinik Pergigian Luyang. Program ini adalah bertujuan untuk menurunkan prevalen merokok di kalangan murid menerusi pencegahan dan intervensi. Program ini juga merupakan lanjutan daripada pemeriksaan dan rawatan pergigian yang telah diadakan di sekolah. Melalui pemeriksaan dan rawatan gigi, pelajar-pelajar dapat dikesan merokok dan telah membuat pengakuan kepada doktor pergigian yang merawat mereka bahawa pelajar sememangnya merokok. Dengan program ini, ia merupakan salah satu intervensi bagi membantu membanteras atau membantu pelajar untuk berhenti daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat iaitu merokok.

BERHENTI MEROKOK KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT SERTA KESIHATAN ORAL YANG TERPELIHARA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KLINIK PERGIGIAN LUYANG.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan