Kunjungan Rombongan SMK SANZAC ke Istana Negeri Sabah

Pada 20 Julai 2019, SMK SANZAC akan melancarkan persatuan alumni sempena sambutan jubli emas yang ke 50 tahun. Encik Noor Salleh Tamanong, Pengerusi Alumni SMK SANZAC menjelaskan bahawa tujuan penubuhan persatuan adalah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar sekolah di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli.

Persatuan Alumni ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan akan dilancarkan pada Majlis Makan Malam Jubli Emas SMK SANZAC oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni yang juga merupakan alumni sekolah berkenaan pada tahun 1978. Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusuf Yacob juga turut diundang pada Majlis Makan Malam Jubli Emas SMK SANZAC.

Sesi penggambaran bersama Toh Puan Norlidah (tengah, depan) merakamkan gambar album bersama Noor Salleh (kiri) dan Dr. Shirley Tay Siew Hong (kanan).

Noor Salleh (kiri) bersama rombongan ketika membuat kunjungan terhadap Toh Puan Norlidah (kanan).
Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of