5 Pelajar SMK SANZAC terpilih untuk Ujian Permata Pintar UKM2.

dav

Program PERMATA PINTAR adalah untuk mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar Tingkatan 1 – 3 dari SMK SANZAC diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) di Makmal Komputer SMK SANZAC antara 1 Februari hingga 31 Mei pada tahun ini dibawah penyelarasan Guru Penyelaras Bestari SMK SANZAC, Puan Nowenna Willie D. Tamsin.

Berikut merupakan 5 pelajar SMK SANZAC yang telah berjaya melepasi ujian Permata Pintar UKM1 2019 dari SMK SANZAC. Mereka adalah antara pelajar yang terpilih daripada semua pelajar Tingkatan 1 hingga 3 yang telah menduduki Ujian UKM1 di SMK SANZAC.

 

1. Nur Aleya Syamira Binti Mohd Ali (1 Anggerik)

2. Nur Natashya Binti Mohd Effendy (2 Bougainvillea)

3. Irmah Fatihah Binti Irwan (2 Anggerik)

4. Muhammad Imran Hisham (2 Anggerik)

5. Nursyazwani Binti Sabdani (3 Bougainvillea)

 

Pelajar-pelajar ini akan menduduki Ujian UKM2 di SK Sri Gaya pada 11 Julai 2019.

Harapan SMK SANZAC adalah agar pelajar-pelajar ini berjaya untuk ke peringkat seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada 5 pelajar SMK SANZAC ini yang pintar intelek semulajadi ini.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of