SMK SANZAC merupakan Johan Anugerah Guru Inovatif (AGI) kategori kumpulan peringkat negeri Sabah.

Pada majlis Sangom Pengentoman Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di Semporna bertarikh 2 Mei 2019 yang lalu, 3 Guru Inovatif SMK SANZAC telah menjadi Johan bagi Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah.

“APT (Aku Pun Tahu) – Ruler” bagi Kategori Kumpulan. Produk ini adalah hasil usaha kreatif 3 orang guru inovatif bernama

Cikgu Lim Yi Wei, Surin Jalaludin dan Kuit Vui Ket.

APT Ruler merupakan alat yang membantu murid untuk meningkatkan kebolehan dan potensi diri dalam menyelesaikan soalan Integer yang abstrak. APT Ruler atau “aku pun tahu” bukan sahaja untuk matapelajaran matematik malahan untuk matapelajaran lain seperi RBT, Sains, geografi, GKT dan Rekabentuk. APT Ruler mempunyai fungsi 6 dalam 1 iaitu mengira integer, membina dan mengukur sudut, melukis bulatan, membina garis serenjang dan mempunyai panjang 30cm.

TAHNIAH GURU-GURU INOVATIF SMK SANZAC YANG TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SMK SANZAC DENGAN MENJADI JOHAN PERINGKAT NEGERI BAGI PERTANDINGAN INI.


Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of